Sunday, October 19, 2008

Analisis ‘rate card’

Terdapat 3 sumber yang saya perolehi daripada internet dan majalah yang menunjukkan ‘rate card’ bagi sesuatu iklan yang ingin diiklankan. Antaranya ialah dari Utusan Online yang menetapkan bayaran bagi sesebuah iklan berdasarkan jenis, saiz iklan yang diperlukan. Iklan yang diletakkan dalam laman web Utusan Malaysia terdiri daripada beberapa jenis iaitu sky high(main web pages), skyhigh( inside web pages)’ rectangular upper, leaderboard, rectangular lower, wide skyscraper, button dan text line.
Manakala bagi malajah Mingguan Wanita, sesebuah iklan yang ingin diiklankan adalah bergantung kepada saiz yang digunakan. Majalah Wanita telah menetapkan bahawa iklan yang dikeluarkan adalah seperti berikut:

6cm (L) x 6cm (T) = RM 525
12cm (L) x 6cm (T) = RM 840
6cm (L) x 12cm (T) = RM 840
12cm (L) x 12cm (T) = RM 1575
Jumlah bayaran yang dikenakan adalah untuk sekali keluaran iklan tersebut. Manakala harga direktori dalam majalah Wanita adalah berbeza mengikut jumlah perkataan yang digunakan dan sebarang tambahan setiap gambar dan logo yang ingin diletakkan akan dikenakan bayaran RM 105
Jurnal Ketiga
Tajuk : “Retail Credit Usage and Relationship Marketing”
Penulis : Nita L.Paden dan Ray McAlister
http://www.emeraldinsight.com.eserv.uum.edu.my/Insight/viewPDF.jsp?Filename=html/Output/Published/EmeraldFullTextArticle/Pdf/0770130203.pdf
Jurnal bertajuk ‘Retail credit usage and relationship’ merupakan satu jurnal yang menjelaskan mengenai perbezaan yang terdapat dalam kad kredit runcit penggunaan di samping menjelaskan mengenai beberapa perbezaan yang boleh digunakan bagi menghasilkan ciri tersendiri yang digunakan oleh peruncit dalam pemasaran serta memberi pendedahan mengenai kaedah pemasaran tersebut yang akan memberi faedah kepada peruncit dalam usaha mencipta pelanggan setia mereka.
Terdapat 2 kategori kajian kredit penggunaan yang boleh dikumpulkan;
1) Secara berhutang atau data longitud penggunaan
Menurut Canner , 1988; Canner dan Cyrnak 1985, berdasarkan daripada data tersebut pelbagai sumber analisis siri masa boleh dijalankan untuk menyediakan deskriptif maklumat dan arah penggunaan khusus bagi kad-kad kredit dalam bulanan dan jumlah hutang kredit pengguna dari satu bulan ke satu bulan. Ini dikukuhklan lagi oleh Vavra 1992 yang mengaitkan dengan aspek sengmentasi iaitu faktor demografi yang boleh membantu bagi membuat takrifan sebarang kemungkinan terhadap sesuatu pembelian atau data lain mungkin diperlukan bagi membantu memahami tingkah laku sebenar pengguna dalam pembelian.
2) Faktor yang menentukan tingkahlaku pengguna
Umumnya, faktor pendapatan dan kelas sosial pengguna dirujuk sebagai faktor utama kepada penentu tingkah laku pengguna . namun terdapat faktor lain yang memungkinkan pengguna menggunakan kad kredit.
Canner dan Cyrnak 1085, mengenalpasti 2 corak penggunaan kad kredit;
1) Penggunaan kemudahan
Ianya dilihat sebagai satu cara yang lebih mudah bagi menjalankan sebarang transaksi atau urusniaga tanpa melibatkan wang tunai
2) Penggunaan kredit pusingan
Ianya merupakan satu pembiayaan urusniaga melalui bayaran secara ansuran pada akaun dengan membayar faedah baki bagi satu caj pembiayaan pada setiap bulan.
Selain itu, perbezaan yang boleh ditonjolkan oleh seseorang peruncit bagi melahirkan ciri tersendiri dalam bidang pemasaran. Antaranya ialah memberikan ganjaran serta penghargaan kepada pelanggan yang setia menggunakan perkhidmatan kad kredit dalam setiap pembelian adan urusniaga. Ini akan memberikan satu tanggapan yang positif dalam diri pelanggan terhadap peruncit atau agensi berkenaan yang sentiasa menghargai pelanggan. Pihak peruncit juga boleh melancarkan promosi tertentu berdasarkan tahap penggunaan pelanggan kad kredit di mana bagi pelanggan yang kurang mengunakan perkhidmatan kad kredit kaedah promosinya perlulah lebih ‘hebat’ bagi menarik minat mereka. Contohnya menawarkan tawaran hadiah bagi setiap penggunaan kad kredit yang melebihi sejumlah wang. Di samping itu, hubungan di antara pelanggan dengan peruncit atau agensi perlulah sentiasa di terjalin melalui maklum balas yang sentiasa di terima daripada pelanggan untuk mengetahui tahap kepuasan yang di nikmati oleh pengguna. Hal ini sedikit sebanyak akan memberi satu peluang dan ruang kepada peruncit dan agensi untuk menambahbaik sebarang urusan yang ditawarkan di samping mengambil kira sebarang kesulitan yang di alami oleh pelanggan sepanjang tempoh penggunaan kad kredit tersebut. Ini akan membantu mengekal serta memelihara hubungan yang erat dengan pelanggan. Selain itu, pihak berkenaan harus sentiasa membuat pemantauan terhadap pelanggan yang dilihat tidak aktif terhadap penggunaan kad kredit. Oleh itu, agensi berperanan mengenalpasti masalah yang dihadapi oleh pelanggan atau membuat promosi kepada pelanggan bagi menjana serta menggalakkan penggunaan kad kredit. Menurut Credit World 1988, pengguna yang memilki kad kredit adalah dua kali lebih banyak membuat pembelian berbelanja dalam satu-satu masa berbanding pengguna yang tidak memiliki kad kredit.
Dalam artikel ini terdapat 3 kategori pelanggan yang telah dikenalpasti iaitu:
1) Value seekers – golongan yang meminati sesuatu produk berdasarkan kepada nilai produk tersebut
2) Fashion seekers- golongan yang meletakkan keutamaan dalam aktiviti belian
3) Status seekers- golongan yang melihat untuk memiliki kepentingan social
Berdasarkan jurnal ini, pelbagai usaha perlu dijalankan oleh peruncit atau agensi bagi membantu mewujudkan hubungan baik dengan pelanggan di samping dapat terus membina dan mencipta hubungan yang kukuh dan kekal.

Sunday, July 27, 2008

Jurnal Kedua
Tajuk: competitive positioning and market orientation : two interrelated constructs
Penulis: Enrique Bigne, Natalia Vila-Lopez and Ines Kuster-Boluda
http://www.emeraldinsight.com.eserv.uum.edu.my/Insight/viewPDF.jsp?Filename=html/Output/Published/EmeraldFullTextArticle/Pdf/2200030402.pdf

Ulasan jurnal;
Secara umumnya orientasi pasaran merujuk kepada penglibatan secara menyeluruh bagi setiap peringkat bagi seseorang individu dalam organisasi untuk menghasilkan maklumat pasaran yang berkait rapat dengan keperluan pengguna. Hal ini sekaligus perlu menyebarkan maklumat tersebut kepada setiap bahagian bagi mencetuskan tindak balasterhadap maklumat tersebut.
Berdasarkan jurnal tersebut orientasi pasaran wujud apabila terdapat idea atau pendapat yang disebarkan melalui kaedah pemasaran dan pengurusan strategik. Menurut Benson Shapiro (1998) menyatakan bahawa terdapat 3 kriteria yang perlu ada bagi mewujudkan orientasi perniagaan dalam pasaran. Kriteria tersebut adalah;
1) Melengkapkan diri dengan ilmu pengetahuan mengenai pasaran dan pengguna
2) Memilikis trategi dan taktik dalam membuat keputusan bagi menghasilkan keberkesanan atau keupayaan dan divisyen
3) Divisyen dan keupayaan adalah perlu bagi menyelaras dan melaksana dengan penuh komitmen
Narver dan Slater(1990) mendefinisikan orentasi pasaran kepada 3 bahagian komponen dan 2 kriteria buatputusan iaitu;
1)orentasi pelanggan
2) orentasi pesaing
3) keberkesanan penyelarasan
4) fokus jangka panjang
5) objektif keuntungan
Orentasi pasaran akan mempengaruhi kedudukan perniagaan.
Vila dan Kuster(1998) menyifatkan keupayaan dalam merencana strategi yang baik sekurang- kurangnya akan membantu melaksanakan budaya dalaman sesebuah organisasi kerana orentasi pasaran adalah lebih berkesan untuk mengenalpasti pesaing dalam pasaran dengan menggunakan sumber serta kebolehan untuk berhubung dengan mereka. Manakala kumpulan pesaing merupakan satu pihak yang dilihat mampu memberi saingan dalam pasaran. Hal ini akan memperlihatkan perbezaan yang wujud di antara dua organisasi bagi meningkatkan keuntungan dalam organisasi mereka. Sebarang persamaan yang dilihat ketara antara dua organisasi akan memberi impak kepada jumlah penjualan produk tersebut kerana berkemungkinan khalayak akan keliru dengan produk tersebut. Oleh itu, persaingan dalam perniagaan adalah penting baik meningkatkan mutu serta kualiti pengeluaran sesuatu produk tersebut agar sentiasa menarik perhatian khalayak.
Jurnal ini turut membuat kajian ke atas beberapa organisasi yang menjalankan urusniaga berasaskan produk kecantikan. Namun kelima-lima organisasi tersebut mempunyai bilangan pekerja, bilangan produk serta jumlah pendapatan yang berbeza antara satu sama lain.
Berdasarkan hasil dapatan yang diperolehi, organisasi yang memiliki pendapatan, bilangan pekerja dan jumlah pendapatan akan memiliki kemampuan untuk meletakkan diri dalam kelompok organisasi yang berjaya berbanding organisasi yang kekurangan ketiga-tiga faktor tersebut. Merujuk kepada hasil tersebut didapati bahawa kedua-dua organisasi yang berjaya tersebut akan menjadi tumpuan pelanggan dan pesaing. Ini akan mewujudkan hubungan perniagaan antara pihak tersebut. Secara keseluruhannya, persaingan dalam orentasi pasaran adalah dua kriteria yang berkesan kerana ianya mampu meningkatkan daya saing sesebuah organisasi dalam pasaran.

Tuesday, July 22, 2008

Jurnal Pertama

Tajuk : Peningkatan Kualiti Reka Bentuk Kerusi Sekolah Rendah Dengan Mengintegrasikan Kaedah QFD dan Kejuruteraan Nilai.

Penulis: Jafri Mohd Rohani dan Suhaimi Tamat (Universiti Teknologi Malaysia)


http://cache.search.yahoo-ht2.akadns.net/search/cache?ei=UTF-8&p=eprints.utm%2F1036&fr=yie7c&u=eprints.utm.my/1036/&w=eprints+utm+1036&d=LKDvqC72Q8Jl&icp=1&.intl=us


Pengeluaran sesuatu barangan atau produk bukan sahaja dilihat dari aspek keuntungan semata-mata namun kepuasan dan keselesaan pengguna turut di ambil kira. Berdasarkan kajian yang telah dibuat oleh pensyarah dari Universiti Teknologi Malaysia, mereka mengintegrasikan kaedah QFD ( Quality Function Deployment) dan VE (Value Enginering) bagi menghasilkan kerusi yang disasarkan kepada pelajar sekolah rendah. Kajian tersebut dilakukan atas inisiatif bersama setelah meneliti beberapa kajian lepas yang menunjukkan bahawa peralatan yang digunakan oleh murid sekolah rendah yang sedia ada adalah kurang bersesuaian. Ini sedikit sebanyak menyumbang kepada ketidakselesaan murid- murid malah ada di antara mereka yang mengalami masalah pada bahagian belakang badan, pinggang dan lutut.
Secara umumnya kebanyakan syarikat pengeluar akan memperkenalkan produk baru mereka ke dalam pasaran lebih awal berbanding persaing mereka pada harga yang rendah serta kualiti yang baik. Dalam merealisasikan pembangunan kerusi untuk murid sekolah rendah ini kaedah QFD digunapakai kerana QFD merupakan satu pertukaran kehendak pengguna yang melibatkan strategi pemasaran, perancangan, reka bentuk, penilaian produk, pembagunan proses pembuatan serta pemasaran. Manakala kejuruteraan nilai sememangnya boleh digunapakai dalam menentukan pilihan pengguna dalam reka bentuk serta merupakan salah satu kaedah bagi mengurangkan kos.
Sebenarnya pembangunan kerusi sekolah rendah tersebut dibuat berdasarkan kehendak pengguna di mana ianya melibatkan kehendak dan permintaan pengguna, manakala kehendak teknikal merujuk kepada keperluan reka bentuk. Dengan gabungan elemen-elemen kejuruteraan akan dapat memuaskan hati pengguna dalam pasaran terutamanya golongan murid-murid sekolah. Dalam proses pembangunan kerusi untuk murid sekolah rendah ini aspek keselesaan dan ketahanan produk amat dititikberatkan dengan memastikan kualiti bahan yang digunakan adalah bersesuaian dan bermutu tinggi. Pembangunan produk tersebut sedikit sebanyak telah membuka ruang dan peluang kepada pihak pengelur bagi menghasilkan produk baru serta melakukan penambahbaikan produk secara berterusan di samping dapat memenuhi cirri-ciri ergonomik dan kepenggunaan dengan mengaplikasikan kaedah QFD dan VE. Kaedah QFD dan VE sebenarnya telah diaplikasikan dalam membina kehendak sebenar pengguna bagi menghasilkan produk yang diperlukan.

Jom Kenali Saya!!


Nama : Norlaili binti Mohd Saad
( Laily @ Lily )

Tempat Lahir : Kg. Cangkat Kabu, Jelempok
Arau, Perlis

Tarikh Lahir : 28 Julai 1986

Hobi : Memancing, Memasak, Membuat Kraftangan

Bil. Adik beradik : Anak bongsu daripada 3 adik beradik
Anak kedua yang berjaya menempatkan diri di menara gading
Moto Hidup : "Bukan senang Nak senang"


Persepi terhadap periklanan:

Sesuatu kerja kreatif dan unik serta mampu menarik perhatian di samping memberi kesedaran kepada pengguna yang terdiri dari pelbagai budaya dan etnik.