Tuesday, July 22, 2008

Jurnal Pertama

Tajuk : Peningkatan Kualiti Reka Bentuk Kerusi Sekolah Rendah Dengan Mengintegrasikan Kaedah QFD dan Kejuruteraan Nilai.

Penulis: Jafri Mohd Rohani dan Suhaimi Tamat (Universiti Teknologi Malaysia)


http://cache.search.yahoo-ht2.akadns.net/search/cache?ei=UTF-8&p=eprints.utm%2F1036&fr=yie7c&u=eprints.utm.my/1036/&w=eprints+utm+1036&d=LKDvqC72Q8Jl&icp=1&.intl=us


Pengeluaran sesuatu barangan atau produk bukan sahaja dilihat dari aspek keuntungan semata-mata namun kepuasan dan keselesaan pengguna turut di ambil kira. Berdasarkan kajian yang telah dibuat oleh pensyarah dari Universiti Teknologi Malaysia, mereka mengintegrasikan kaedah QFD ( Quality Function Deployment) dan VE (Value Enginering) bagi menghasilkan kerusi yang disasarkan kepada pelajar sekolah rendah. Kajian tersebut dilakukan atas inisiatif bersama setelah meneliti beberapa kajian lepas yang menunjukkan bahawa peralatan yang digunakan oleh murid sekolah rendah yang sedia ada adalah kurang bersesuaian. Ini sedikit sebanyak menyumbang kepada ketidakselesaan murid- murid malah ada di antara mereka yang mengalami masalah pada bahagian belakang badan, pinggang dan lutut.
Secara umumnya kebanyakan syarikat pengeluar akan memperkenalkan produk baru mereka ke dalam pasaran lebih awal berbanding persaing mereka pada harga yang rendah serta kualiti yang baik. Dalam merealisasikan pembangunan kerusi untuk murid sekolah rendah ini kaedah QFD digunapakai kerana QFD merupakan satu pertukaran kehendak pengguna yang melibatkan strategi pemasaran, perancangan, reka bentuk, penilaian produk, pembagunan proses pembuatan serta pemasaran. Manakala kejuruteraan nilai sememangnya boleh digunapakai dalam menentukan pilihan pengguna dalam reka bentuk serta merupakan salah satu kaedah bagi mengurangkan kos.
Sebenarnya pembangunan kerusi sekolah rendah tersebut dibuat berdasarkan kehendak pengguna di mana ianya melibatkan kehendak dan permintaan pengguna, manakala kehendak teknikal merujuk kepada keperluan reka bentuk. Dengan gabungan elemen-elemen kejuruteraan akan dapat memuaskan hati pengguna dalam pasaran terutamanya golongan murid-murid sekolah. Dalam proses pembangunan kerusi untuk murid sekolah rendah ini aspek keselesaan dan ketahanan produk amat dititikberatkan dengan memastikan kualiti bahan yang digunakan adalah bersesuaian dan bermutu tinggi. Pembangunan produk tersebut sedikit sebanyak telah membuka ruang dan peluang kepada pihak pengelur bagi menghasilkan produk baru serta melakukan penambahbaikan produk secara berterusan di samping dapat memenuhi cirri-ciri ergonomik dan kepenggunaan dengan mengaplikasikan kaedah QFD dan VE. Kaedah QFD dan VE sebenarnya telah diaplikasikan dalam membina kehendak sebenar pengguna bagi menghasilkan produk yang diperlukan.

No comments: